Sabtu, 30 Julai 2011

Adab-adab Hubungan Rumah-tangga Dalam Islam

Adab-adab hubungan rumah-tangga dalam Islam 
 Perkara-perkara penting ketika melakukan persetubuhan (jima')

1.  Bertaubat  dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan   suami isteri supaya  membersihkan  diri      dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya  memohon taubat kepada  Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.  Diharapkan pertemuan buat kali pertama,  ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan  baru yang  dapat  mengabdikan diri kepada Allah.

2.  Amalan Semasa  Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

(Ertinya )  "Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik  tempat masuk dan tempat keluar ini.  Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah."

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik  / rumah tersebut.

3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas  dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :


Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka.  Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik.  Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.

Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka  daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka.  Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka.  Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

4.  Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya  dan hadapkan mukanya tepat  kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra  antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar  merasa gembira  dan mesra.

5.      Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

(Ertinya)   Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu.  Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan  seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.
Adab Melakukan Persetubuhan

- Bersedia dan dalam keadaan selesa


Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;

- Sedang sakit yang memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan)  atau pun sedang kelaparan.

Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.



- Lucut Pakaian  Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi  isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.  Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu.  Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya  diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.  Suami yang hendak mendatangani  isterinya, sepatutnya dia dan  isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.  Tidak  menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.  Beginilah tegasnya Al Khatab.

- Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka  ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.  Rasulullah  s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.  Beliau menyelami peringkat  peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku,  sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.  Apabila  mereka menuntut sesuatu  daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki.   Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh

Di dalam riwayat Abu Daud :  

“Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :

 “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan  menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.  Kemudian menyebut :


“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi  Lagi Maha Besar.  Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan.  Doanya seperti berikut;


(Maksudnya) "Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan  dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan."

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

(Erti maksudnya) “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“  Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

Jikalaulah sesungguhnya  siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,  dia  berdoalah : “Dengan  nama Allah.  Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan.  Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”  Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.   
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya  oleh syaitan buat selama-lamanya.”  Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.  Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia  menjadi kafir.  Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.  Yang mana dia telah ditulis di masa  dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.    Golongan  ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan  manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).  Tuhanmu Maha Berkuasa”

- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat
Dia  tidak mengadap  ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

- Kemudian apabila si  suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke  puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan  merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin  menyakitkan isterinya pula.  Ketidaksamaan di segi tabiat inzal  ini akan  menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya  persamaan masa inzal lebih melazatkan.  Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya  malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.  Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang.  Boleh pula dikurangkan dari kadar  tersebut.  Ya, sebenarnya  boleh  ditambah  atau  dikurangkan    mengikut  kadar  keperluan dalam    menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga  diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

- Memberi penghargaan - Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).

- Bersederhana - Hubungan kelamin @ jima' yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.

Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima'. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

- Tidak menyebarkan rahsia
Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu."  (Hadith Riwayat Muslim)



Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A.     Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1.   Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
2.   Mandi dan memakai wangi-wangian.

"Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan".  (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4.   Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5.   Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6.   Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi  anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).  Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
7.  Sunat bersetubuh dalam  satu selimut dan di atas satu hamparan elakan  daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.
8.   Sunat membaca bismillah dan doa sebelum  dan sesudah bersetubuh.
9.  Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat  dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud  
“Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).


B.     Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1.  Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
2.   Makruh jima' di bawah matahari atau bulan mengambang.
3.   Makruh jima' selepas solat zohor hingga ke petang.
4.   Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya  boleh mewarisi      buta.
5.  Makruh jima' jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara' yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.

Ada juga ulama' berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.


C.     Perkara yang haram dalam persetubuhan

1.     Haram jima' ketika  isteri haid, nifas dan wiladah.  Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran", oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci,  apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  
(Surah Al-Baqarah : Ayat 222)


Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:  
"Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid."  'Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).  
(Riwayat Bukhari)

2. Haram jima' melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.
 "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya."  
(Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.)
3.  Haram jima' membawa ayat-ayat Al-Quran  nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4.  Haram jima' dalam masjid / surau.
5.  Haram jima' sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6.  Haram jima' sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7.  Haram jima' di tempat terbuka (tempat awam).


Tambahan

Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur. 

Dari Jabir b. Abdulah berkata,  bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata,  Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai".
(Surah Al Baqarah - ayat 223)

Bersetubuh @ berjima' dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya.   Rasulullah s.a.w. bersabda:  

".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".

Para sahabat bertanya:  Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab: "Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa?  Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala."  
(Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima' , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud,
 "Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu."  
(Hadits Riwayat Baihaqi)

Selasa, 19 Julai 2011

Adab Membuang Hajat(Kencing/Buang Air Besar)

Buang hajat merupakan rutin semulajadi yang dilakukan oleh semua manusia. Alangkah baiknya kita mengetahui bagaimana agama memberikan bimbingan dalam masalah ini sehingga perbuatan yang bisa jadi dipandang ringan oleh banyak orang ini bisa memiliki nilai ibadah di sisi Allah.

Membuang hajat adalah perkara yang terlalu sering kita lakukan setiap harinya, namun sangat disayangkan banyak di antara kita yang tidak mengetahui adab-adab yang dituntunkan di dalamnya. Padahal syariat agama kita yang sempurna telah mengajarkan permasalahan ini. Pernah kaum musyrikin berkata kepada Salman Al Farisi radliallahu anhu: “Nabi kalian telah mengajarkan kepada kalian segala sesuatu sampai pun perkara adab buang hajat”. Salman menjawab:
“Ya, beliau mengajarkan kami adab buang hajat”.
[Muslim]
Doa Sebelum Buang Hajat
Perkara awal yang perlu diperhatikan dari sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam masalah ini adalah ketika seseorang akan masuk ke tempat buang hajat (tandas dan semisalnya) hendaknya ia mengucapkan doa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan”.
[Bukhari dan Muslim]

Karena tandas dan yang sepertinya merupakan tempat kotor yang dihuni oleh syaitan maka sepatutnya seorang hamba meminta perlindungan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar ia tidak ditimpa oleh kejelekan makhluk tersebut.

Membaca doa ini merupakan adab yang disepakati istihbab-nya (disunnahkan) dan tidak ada perbedaan dalam hal ini antara buang hajat di tempat yang berupa bangunan ataupun di padang pasir.
Sementara apabila di padang pasir (tempat yang terbuka), maka doa ini dibaca tatkala hendak ditunaikannya hajat seperti ketika seseorang menyingkap pakaiannya. Hal ini merupakan pendapat jumhur ulama dan mereka mengatakan kalau seseorang lupa membaca doa ini maka ia membacanya dalam hati. 

Langkah Kaki Ketika Masuk dan Keluar Tandas

Telah diketahui bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyenangi mendahulukan bagian yang kanan dalam seluruh keadaan beliau.
(HR. Al Bukhari no. 168 dan Muslim no. 268).
Hadits di atas menunjukkan keumuman, namun khusus pada keadaan-keadaan tertentu dimulai dengan yang kiri, seperti apabila beliau masuk WC, keluar dari masjid dan yang semisalnya. Demikian dinyatakan Ibnu Daqiqil ‘Ied.
 (Syarah ‘Umdatil Ahkam, 1/44)

Al Imam AnNawawi berkata: “Merupakan kaedah yang berkesinambungan dalam syariat di mana tangan/kaki kanan didahulukan dalam melakukan perkara yang mulia seperti memakai pakaian, celana, sandal, masuk masjid, bersiwak, bercelak, menggunting kuku, mencukur kumis, menyisir rambut, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, salam ketika selesai shalat, mencuci anggota wudhu, keluar dari WC, makan, minum, berjabat tangan, menyentuh hajar aswad dan selainnya dari perkara yang semisal di atas. Semua itu disenangi untuk memulai dengan bagian kanan. Adapun lawan dari perkara di atas seperti masuk WC, keluar dari masjid, istinja, melepas pakaian, celana, sandal dan yang semisalnya disenangi untuk memulai dengan tangan/kaki kiri.”
(Syarah Shahih Muslim, 3/160, Al Majmu’, 2/95)

Menutup Diri

Abdullah bin Ja‘far berkata: “Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah memboncengkan aku di belakang beliau. Lalu beliau membisikkan kepadaku satu pembicaraan yang aku tidak akan memberitahukannya kepada seorangpun selama-lamanya. Adalah beliau Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyenangi menjadikan tempat yang tinggi (berupa bangunan atau selainnya) dan kebun kurma sebagai tempat berlindung (menutup diri) ketika buang hajat”.
(HR. Muslim no. 342)

Al Imam Asy Syaukani rahimahullah berkata: “Hadits ini menunjukkan disenanginya menutup diri ketika seseorang sedang buang hajat dengan apa saja yang dapat mencegah/menghalangi pandangan orang terhadapnya ketika itu. Dan dimungkinkan buang hajat beliau di kebun kurma bukan pada saat kurma itu berbuah”. (Nailul Authar, 1/117)

Beliau Shallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila hendak buang hajat, tidaklah mengangkat pakaiannya sampai beliau turun untuk jongkok di atas tanah. Hal ini beliau lakukan dalam rangka menjaga aurat.
(Zaadul Ma`ad, 1/44, Ad Dararil Mudhiyyah hal. 23)

Menjauh dari Pandangan Manusia

Berkata Ibnul Mundzir rahimahullah: “Khabar yang pasti dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bahwasanya bila ingin buang hajat beliau pergi ke tempat yang jauh dari penglihatan manusia, namun bila sekedar buang air kecil beliau tidak menjauh dari mereka”.
(Al Ausath, 1/321)

Hal ini sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pergi untuk membuang hajat hingga tersembunyi dari para shahabatnya. (HR. Al Bukhari no. 203 dan Muslim no. 274 dari Al Mughirah ibnu Syu`bah z).

Abdurrahman bin Abi Qurad radliallahu anhu berkata: “Aku pernah keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ke tempat buang hajat. Kebiasaan beliau ketika buang hajat adalah pergi menjauh dari manusia”.
(HR. An Nasa’i no. 16 dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Muqbil dalam Al Jami`ush Shahih, 1/495).

Saking menjauhnya beliau dari manusia sampai-sampai beliau pergi ke Mughammas (sebuah tempat yang jauhnya sekitar dua mil dari kota Makkah) untuk keperluan buang hajat ini.
(HR. Abu Ya‘la, 9/476 dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Muqbil dalam Al Jami‘ush Shahih, 1/495)

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: “Beliau Shallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila ingin buang hajat dalam safarnya pergi hingga tersembunyi dari pandangan para shahabatnya, dan terkadang beliau menjauh sampai 2 mil. Beliau menutup dirinya ketika buang hajat, terkadang dengan berlindung di balik tempat tinggi, terkadang di balik kebun kurma dan terkadang dengan pepohonan yang tumbuh di lembah”.
(Zaadul Ma`ad, 1/43)

Berbeda halnya ketika buang air kecil, sebagaimana dikatakan Ibnul Mundzir di atas, beliau tidak menjauh dari manusia. Bahkan Hudzaifah radliallahu anhu mengatakan: “Aku pernah berjalan-jalan bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau lalu mendatangi tempat pembuangan sampah yang terletak di belakang tembok. Beliau berdiri di situ sebagaimana salah seorang dari kalian berdiri lalu beliau buang air kecil. Aku pun menyingkir dari beliau namun beliau memberi isyarat kepadaku maka aku pun mendatanginya. Aku berdiri di belakang beliau hingga beliau selesai dari hajatnya”.
(HR. Al Bukhari no. 225 dan Muslim no. 273)

Al Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Ini menunjukkan beliau tidak menjauh dari Hudzaifah ketika buang air kecil.” Adapun sebab tidak menjauhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika buang air kecil dijelaskan oleh Al Hafidz: “Kencing lebih ringan daripada buang air besar karena buang air besar butuh untuk lebih membuka aurat dan bau yang ditimbulkan lebih menusuk. Sementara tujuan menjauh dari manusia adalah untuk menutup diri dari penglihatan mereka dan ini terpenuhi dengan membentangkan pakaian dan mendekat dengan sesuatu yang dapat menutupi”.
(Fathul Bari, 1/411)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam meminta Hudzaifah untuk mendekat kepada beliau agar Hudzaifah menutupi beliau dari pandangan manusia karena buang air kecil merupakan keadaan yang memalukan bila terlihat oleh orang lain.
(Syarah Shahih Muslim, 3/167)

Dengan demikian, dituntunkan kepada kita untuk menjauh dari manusia ketika buang air besar, sementara ketika buang air kecil boleh dilakukan di dekat orang lain, namun harus tetap memperhatikan tertutupnya aurat agar tidak terlihat orang lain.
(Al Jami‘ush Shahih, 1/496)

Tidak Memasukkan ke Tandas Sesuatu yang Padanya ada Dzikrullah

Seseorang yang buang hajat lebih utama baginya untuk tidak membawa sesuatu yang padanya tertera dzikir kepada Allah seperti Al Qur’an dan lainnya yang ada padanya penyebutan nama Allah. Dalam permasalahan ini dalil yang sering dibawakan adalah hadits peletakan cincin Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika akan masuk WC. Namun hadits ini lemah, ma`lul (berpenyakit) sebagaimana diterangkan oleh Ibnul Qayyim dalam Tahdzibus Sunan dan ulama ahli hadits yang lainnya.

Ketika membawakan hadits ini Imam Shan‘ani mengatakan dalam Subulus Salam (1/113): “Sesuatu yang di dalamnya tertera nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala harus dijaga dari tempat-tempat yang jelek/kotor. Dan ini tidak khusus berupa cincin saja namun mencakup semua benda yang dipakai yang padanya ada dzikrullah”.

Walaupun demikian sebagian ulama yang lain menganggap makruh (dibencinya) perkara ini, bahkan haram apabila yang dimasukkan itu berupa Al Qur’an, karena termasuk penghinaan. Penulis kitab Al Furu’ mengatakan: “Dibenci untuk membawa sesuatu yang padanya ada dzikrullah tanpa ada keperluan.”
(Al Furu`, 1/83)

Larangan Menghadap dan Membelakangi Kiblat

Abu Ayyub Al Anshari radliallahu anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

“Apabila kalian mendatangi tempat buang air maka janganlah kalian menghadap ke arah kiblat ketika buang air besar ataupun kencing dan jangan pula membelakangi kiblat, akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau ke arah barat”.
(HR. Al Bukhari no. 394 dan Muslim no. 264)

Dari hadits di atas dipahami adanya larangan menghadap dan membelakangi kiblat ketika buang hajat. Namun dalam permasalahan ini ada perselisihan pendapat di kalangan ulama. Ada yang berpendapat perbuatan ini haram secara mutlak baik di tandas (tempat yang tertutup/berbentuk bangunan) ataupun di tempat terbuka. Ada yang membolehkan secara mutlak dan ada pula yang merinci. Perselisihan ini terjadi karena selain hadits larangan sebagaimana tercantum di atas didapatkan pula hadits lain yang menunjukkan kebolehannya seperti hadits Abdullah Ibnu Umar radliallahu anhu, ia berkata: “Aku pernah menaiki rumah Hafshah2 karena suatu keperluan, maka ketika itu aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam buang hajat menghadap ke arah Syam dan membelakangi Ka`bah”.
(HR. Al Bukhari no. 148 dan Muslim no. 266).

Demikian pula hadits Jabir bin Abdillah Al Anshari radliallahu anhu: “Sungguh beliau melarang kami untuk membelakangi dan menghadap kiblat dengan kemaluan-kemaluan kami apabila kami buang air. Kemudian aku melihat beliau kencing menghadap kiblat setahun sebelum meninggalnya”.
(HR. Ahmad 3/365 dan dihasankan oleh Asy Syaikh Muqbil dalam Al Jami`ush Shahih, 1/493)

Dari perselisihan yang ada, yang rajih (kuat) adalah pendapat yang merinci, bila di luar bangunan seperti di padang pasir haram untuk menghadap atau membelakangi kiblat, sementara di dalam bangunan tidaklah diharamkan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Asy Syafi‘i, Ahmad, Ishaq, Asy Sya‘bi dan ini merupakan pendapat jumhur ahli ilmu. (Syarah Shahih Muslim 3/154, Syarah Sunan An Nasa’i lis Suyuthi 1/26)

Namun sepantasnya bagi seseorang untuk juga menghindar dari arah kiblat ketika buang hajat di dalam bangunan (WC dan semisalnya), dalam rangka berhati-hati dari hadits-hadits yang menunjukkan larangan akan hal ini dan karena adanya perselisihan yang kuat dalam permasalahan ini yang didukung oleh para ulama ahli tahqiq.
(Taisirul ‘Allam, 1/55)

Boleh Kencing Berdiri

Al Imam Al Bukhari rahimahullah ketika membawakan hadits Hudzaifah yang menerangkan Rasulullah kencing berdiri sebagaimana telah lewat di atas, beliau mengatakan dengan judul bab (Bolehnya) Kencing Berdiri dan Duduk. Sehingga difahami di sini bolehnya kencing dalam keadaan berdiri dan duduk, walaupun di sana terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli ilmu mengenai hal ini.

Didapatkan pula dari perbuatan sahabat seperti Ali bin Abi Thalib, ‘Umar ibnul Khaththab, Zaid bin Tsabit dan selainnya, mereka kencing dengan berdiri. Ini menunjukkan perbuatan ini dibolehkan dan tidak makruh apabila untuk jauh dari percikan air kencing. (‘Aunul Ma`bud, 1/29)

Berkata Ibnul Mundzir rahimahullah: “Sebagian ahlul ilmi menyenangi bagi orang yang kencing dalam keadaan duduk untuk menjauh dari manusia dan mereka memandang tidak apa-apa kencing di dekat orang lain bila dilakukan dengan berdiri. Karena kencing dalam keadaan berdiri lebih menjaga dubur dan lebih selamat dari percikan najis. Pendapat seperti ini diriwayatkan dari ‘Umar.” (Al Ausath, 1/322)


Adab Dalam Tandas

Tandas di sini ialah suatu tempat khas yang dibina dalam sesebuah
rumah atau bangunan yang pada kebiasaannya digunakan untuk
qadha hajat.

Tandas yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu
keperluan. Kerana itu tidak hairan jika sebilangan individu tidak
menggemari tandas awam, kerana menganggap ianya antara
tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan.

Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap tandas, ianya tidak
mengurangkan dan menjejaskan pandangan Islam terhadap
kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab
yang mudah untuk diamalkan ketika berada dalamnya, ketika
qadha hajat dan setelah selesai qadha hajat. Antaranya ialah:

1.  Ketika Berada Dalam Tandas

i. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang
mulia seperti ayat-ayat al-Qur'an, bahkan sunat ditanggalkan. Ini
termasuklah lafzhul jalalah, asma’ul husna, nama nabi-nabi
sekalipun dia bukan Rasul, nama malaikat dan kesemua namanama
mulia; samada nama-nama yang dikhususkan untuk
seseorang yang mulia ataupun nama tersebut mempunyai
persamaan seperti ‘al-Aziz’; kerana nama ini digunakan untuk
asma’ul husna dan juga selainnya. Begitu juga ‘Ahmad’ yang
menunjukkan nama Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan juga untuk selainnya. Adapun jika nama tersebut
dimaksudkan secara umum, maka tidaklah makruh.
Ini berdasarkan kepada hadis Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu
perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan
perkataan ‘Muhammad Rasul Allah’.

إَِذا دَخَ َ ل الْخَ َ لاءَ نَزَعَ خَاتِمَهُ كَا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ
(رواه الترمذي)

Maksudnya:

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam apabila Baginda (hendak) masuk ke tandas Baginda menanggalkan cincin Baginda.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sekiranya seseorang itu terlupa atau tidak sempat untuk
menanggalkan cincin yang mengandungi perkataan mulia tadi,
maka hendaklah digenggam dengan telapak tangan atau
dimasukkan ke dalam serban dan seumpamanya
(disembunyikan atau ditutup). Perbuatan seperti ini adalah adab
yang dituntut.

Adapun membawa masuk mushaf ke dalam tandas tanpa
darurat, maka hukumnya adalah haram. Begitu juga dengan
cincin yang ada perkataan mulia yang dipakai pada tangan kiri
yang digunakan untuk beristinja’ (bercebok), kerana sudah pasti
akan terkena najis padanya.
ii. Jٍangan masuk tandas dengan kepala dan kaki yang terdedah
(tidak berlapik). Hadis mursal daripada Habib bin Shalih
Radhiallahu ‘anhu dia berkata:

إَِذا دَخَ َ ل اْلخَ َ لاءَ َلبِسَ حِ َ ذاءَهُ وَ َ غطَّى رَْأسَهُ َ كا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ
(رواه البيهقي)

Maksudnya:

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

iii. Sunat mendahulukan kaki kiri apabila masuk tandas, sekalipun
bukan dengan tujuan untuk qadha hajat seperti menyimpan atau
mengambil barang.

iv. Sunat mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari tandas atau
beredar dari tempat qadha hajat.

v. Sunat menyediakan air yang akan digunakan untuk beristinja’
(bercebok) lebih awal. (Jika tiada kemudahan paip air untuk
beristinja’).

vi. Sunat membaca doa sebelum masuk tandas sepertimana riwayat
daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk tandas.
Baginda berdoa:

بِسْمِ اللهِ، َاللَّهُمَّ إِنِّي َأعُوُذ بِكَ مِنَ اْلخُبُثِ وَاْلخَبَائِثِ
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan
khaba’its (perempuan).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

vii. Sunat membaca doa setelah keluar dari tandas antaranya riwayat
daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam telah mengucapkan:

ُ غ ْ فرَانَكَ َاْلحَمْدُ لِلهِ الَّذِي َأْ ذهَبَ عَنِّي ْالأََذى وَعَاَفانِي
(رواه ابن ماجه)

Maksudnya:

“Aku memohon keampunanMu. Segala puji bagi
Allah yang telah menghilangkan kesusahan (berak dan kencing)
daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun perkataan ( ُ غفْرَانَكَ ) itu, maka sunat dibaca sebanyak 3
kali.

viii. Sunat mengangkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk
qadha hajat, melainkan jika ditakuti terkena najis maka
memadailah mengikut kadar yang sepatutnya. Begitu juga
setelah selesai qadha hajat, sunat menurunkan atau melepaskan
pakaian satu demi satu sebelum sempurna dia berdiri tegak.

ix. Makruh berlengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan)
dalam tandas.

x. Disunatkan untuk tidak makan dan minum.

xi. Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat
khususnya pada tempat yang luas atau terbuka dan tanpa ada
pendinding (yang boleh menutup aurat), kecuali jika tempat itu
berada dalam suatu bangunan atau binaan dan memang
disediakan sebagai tempat qadha hajat seperti tandas yang
dibina dalam rumah atau bangunan. Maka hukumnya adalah
dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak menyalahi
yang utama (khilaf al-awla).

Ini dapat difahami dari hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah
bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma dia berkata:

اِرْتََقيْتُ َفوْقَ َ ظهْرِ بَيْتِ حَ ْ فصََة لِبَعْضِ حَاجَتِي، َفرََأيْتُ رَسُو َ ل اللهِ
يَقضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ اْلقِبَْلةِ مُسْتَْ قبِ َ ل الشَّامِ
(رواه البخاري)

Maksudnya:

“Aku naik ke atas rumah Hafshah untuk sesuatu hajat (pekerjaan), lalu aku melihat Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam sedang qadha hajat (buang air besar), iaitu Baginda (dalam keadaan) membelakangi kiblat (dan) menghadap negeri Syam.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Setelah qadha hajat, jika dia ingin berpindah ke tempat lain
untuk beristinja’ (bercebok), maka tiada haram atau makruh
untuk dia menghadap atau membelakangi kiblat.

Isnin, 18 Julai 2011

Amalan Masjid Atau Surau

Jika ditanya kepada saudara-saudara Islam, rata-rata umat Islam masih tidak berapa pasti apakah itu 4 amal asas masjid.
 
4 amal masjid itu adalah amalan-amalan orang Islam yang telah wujud di Masjid Nabawi pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW.
Kelima-lima amal tersebut adalah ASAS kepada 4 amalan besar dalam agama iaitu:

1.    Dakwah
2.    Taalim wa Taalum (Belajar dan Mengajar)
3.    Ibadat
4.    Khidmat

Apabila ada keempat-empat amalan diatas, maka hiduplah masjid atau surau itu. Ada orang yang berdakwah. Ada yang belajar dan mengajar. Ada yamg beribadah. Dan ada yang berkhidmat di masjid/surau tersebut. Tanpanya matilah masjid/surau itu.