Isnin, 20 Jun 2011

Adab Berbicara - Kata Maki, Caci Dan Sumpah


Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud yang maksud:

“ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

“Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.”

(Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)


Nabi SAW  bersabda maksudnya :

” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”

(Hadis Riwayat  Abu Daud)


Nabi SAW  bersabda maksudnya 

” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)


Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda maksudnya:

” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”

(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW sentiasa mengajar umatnya supaya menjauhkan diri daripada mencaci-maki dan caci mencaci sesama muslim, menjauhkan daripada membuka aib seseorang dan mencari-cari kesalahan orang lain.

Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abu Talib k.wj maksudnya :

"Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri. Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya. Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya:

"Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis-hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  Allah SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya Allah SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.


Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari Allah SWT.

Hanya di dalam kes seorang muslim yang telah dizalimi , difitnah dan diaibkan dia boleh berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT menunjukkan kebenarannya dan mendatangkan musibah kepada orang yang melakukan kezaliman keatas dirinya. Supaya kebenaran itu akan terbukti dan dia berada dipihak yang benar dan dia dapat membersihkan namanya yang telah tercemar kerana berita fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

 "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Imam Nawawi telah meletakkan hukum harus bagi seorang manusia untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri.

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata :

" Maksud harus yang disebut Imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Firman Allah SWT maksudnya :

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."

( Surah an-Nisa ayat 148)

Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas . Adapun hadis Rasulullah SAW adalah hadis berikut:

"Sesungguhnya Nabi SAW  mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah yang membunuh utusan Nabi SAW kesemua mereka penghafaz al-Quran)."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam banyak peristiwa Nabi SAW tetap memaafkan dan mendoakan kebaikan kepada orang-orang kafir yang mencederakan dan menyakiti hati baginda hanya dalam peristiwa pembunuhan ramai penghafaz al-Quran utusan baginda menyebabkan baginda terlalu sedih dan mendoakan kecelakaan kepada  kaum yang kejam tidak berperikemanusiaan. 


(sumber: http://abubasyer.blogspot.com)

Adab Makan Cara Rasulullah

Dalam makan, ada perkara yang wajib di jaga, dan wujud juga perkara yang sunat di jaga. Perkara yang wajib di jaga adalah, mengelak memakan makanan yang haram, seperti arak, babi, binatang yang tidak disembelih dan sebagainya.

Adapun perkara sunat dijaga ketika makan adalah, makan tersebut dilakukan dengan beradab. Bermakna, apabila makan tidak beradab, ia tidak mendatangkan dosa.
Ada sebilangan manusia, yang makan makanan yang haram, tetapi dalam masa yang sama mereka amat mementingkan adab. Ekoran itu, mereka membaca “bismillah” apabila makan daging babi. Sudah pasti, tindakan ini amat bercanggah dengan konsep Islam.

Ia sama seperti, orang yang mementingkan adab menegur, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mementingkan usaha melarang daripada berlaku penipuan, melakukan tindakan yang merugikan islam dan sebagainya. Walhal, menipu adalah perkara yang haram, dan menegur adalah perkara yang wajib, tetapi adab menegur adalah perkara yang sunat.

Walaubagaimana pun, di sini, di paparkan beberapa hadis-hadis yang sempat dihimpun berkenaan dengan makan dan minum Nabi SAW. ia adalah seperti berikut;

MULAKAN DENGAN ”BISMILLAH”

Nabi SAW apabila makan dan minum, pasti memulakan dengan menyebut nama Allah. perbuatan itu, bukan sekadar dilakukan oleh baginda SAW sendiri, malahan dipesan agar dilakukan oleh orang lain.

Bahkan, ia merupakan pesanan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada kanak-kanak, yang menunjukkan ia merupakan didikan Nabi terhadap mereka.
Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW;

يا غلام سم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك

“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu”

Dari hadis ini, kita dapat pelajari beberapa perkara berikut;

Pertama :

Nabi SAW, apabila menegur, baginda SAw akan berfikir kesan disebalik teguran. Justeru, apabila kesilapan itu dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang bernama Umar bin Abi Salamah, nabi SAW tidak menggunakan namanya, sebaliknya nabi Muhammad SAW menggunakan panggilan manja.

Dalam bahasa arab, penggunaan kalimah ”ghulam”, ia merujuk kepada panggilan manja kepada kanak-kanak. Panggilan itu, amat diminati di kalangan kanak-kanak arab.
Ekoran itu, panggilan manja itu digunakan oleh Nabi SAW, dalam memberi teguran.

Kedua:

Nabi SAW berpesan agar makan itu dimulakan dengan membaca ”bismillah”. Ia merupakan penentu dalam keberkatan pada makanan itu sendiri.
Disamping itu juga, ketika sedang makan, ada adabnya tersendiri. Antara adab yang ditekankan dalam hadis ini adalah, tidak mengjangkaui tangan ketika mengambil lauk melainkan mengambil yang paling hampir terlebih dahulu.

Tindakan mengambil lauk yang jauh sehingga menjangkaui pinggan dan piring, bukanlah satu perkara yang ditegah oleh syarak. Pun begitu, tindakan digalakan agar tidak dibuat.

KETIKA LUPA BERDOA

Kadangkala, ada manusia itu makan terlupa untuk memulakan makan dengan membaca “Bismillah”. Mungkin kerana terlalu lapar, atau sememangnya tidak teringat langsung.
Dalam hadis, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata, bersabda Nabi SAW;

من نسي أن يذكر الله في أول طعامه فليقل حين يذكر : باسم الله في أوله وآخره

“barangsiapa lupa bahawa menyebut nama Allah pada awal makannya, maka hendaklah dia berkata ketika ingat “dengan Nama Allah pada awalnya dan akhirnya”

TANGAN KANAN

Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.
Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;

إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله

“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya

Dari hadis ini, di nyatakan bahawa makan dengan tangan kanan merupakan satu suruhan dari Nabi SAW. di nyatakan juga, bahawa tindakan makan dengan menggunakan tangan kiri adalah amalan syaitan.

TIDAK MINUM BERDIRI

Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum. Lantaran itu, ada satu hadis daripada Abi Said Al-Khudri berkata;

أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً

“sesungguhnya Nabi SAW mencegah minum air dalam keadaan berdiri”

TIDAK GUNA BEKAS EMAS DAN PERAK

Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.
Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, merupakan kesombongan, walhal sifat sombong ini tidak layak wujud pada manusia.
Daripada satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman berkata, “aku dengar Nabi SAW bersabda;

ولا تشربوا في آنية الذهب والفضة ، و لا تأكلوا في صحافها فإنها لهم في الدنيا ولنا في الآخرة

“Jangan kamu minum dengan menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Juga, jangan makan dengan menggunakan pinggan-pinggannya. Ini kerana, bagi mereka di dunia, tetapi ia bagi kita di akhirat”

CARA MAKAN DAN MINUM

Makan berjemaah. Duduk seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan ditegakkan

Nabi SAW mempunyai cara-caranya tersendiri ketika makan dan minum. Nabi SAW apabila makan, baginda pasti akan menggunakan tiga jarinya.
Daripada Kaab bin Malik berkata;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع ، ويلعق يده قبل أن يمسحها

“Rasulullah SAW makan dengan tiga jarinya, lalu menjilat tangannya sebelum membersihkannya

TIDAK CELA MAKANAN

Kadang-kadang, ketika kita makan, ada makanan yang kita tidak selera. Ataupun, mungkin faktor makanan tersebut tidak sedap dan sebagainya.
Perasaan sebegitu, tidak sekadar berlaku pada diri kita sahaja, malahan berlaku juga pada diri Nabi Muhammad SAW. justeru, apakah tindakan Nabi SAW ketika berlaku sedemikian.

Dalam hadis, daripada Abu Hurairah berkata;

ما عاب النبي صلى الله عليه وسلم طعاماً قط ، ان اشتهاه أكله وإن كرهه تركه

“Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Sekiranya nabi berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya”

TIDAK MAKAN BANYAK

Nabi SAW tidak pernah makan banyak seperti kita. Jika kita makan, kadangkala mengjangkaui kekenyangan teramat sangat, sehingga bersedawa 3 hingga 5 kali. Perbuatan tersebut tidak disukai oleh Nabi SAW.

Justeru, daripada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, daripada Nabi SAW bersabda;

الكافر يأكل في سبعة أمعاء والمؤمن يأكل في معىً واحد

“Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja

MAKAN BERJEMAAH

Berjemaah merupakan tuntutan. Ia kerana, berjemaah mewujudkan saling bantu membantu. Apabila wujud seorang yang susah, pasti dengan berjemaah, seorang kawan yang lain pasti akan membantu. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

Disebalik kebaikkan berjemaah ini, wujud juga keberkatan disebalik kita berjemaah. Berkat diterjemah sebagai “zat” jika dinisbahkan kepada makanan.
Ada manusia yang makan banyak, tetapi muka mereka pucat. Apabila ditanya, mengapa muka pucat, walhal makan banyak? Jawapan yang kita akan kedengari adalah, makanan tersebut makanan yang tidak mempunyai zat.

 Dalam menjalani kehidupan, perkara ’zat’ amat penting. Sepertimana perlunya zat pada makanan untuk mencapai kesihatan tubuh badan, maka begitujuga dalam perkara selain daripada makanan.

Ada manusia yang mempunyai harta yang banyak, tetapi hartanya mudah habis. Tetapi, ada manusia yang mempunyai harta yang sedikit, tetapi hartanya susah habis.
Ada orang yang mempunyai kekayaan yang mengkagumkan. Apabila dilihat di dalam bank, wang simpanan mereka menjangkaui jutaan ringgit. Namun begitu, kehidupan si kaya tersebut tidak pernah tenang; masalah dalam keluarga sering terjadi, seperti kecurian, kena tipu, masalah anak-anak dan sebagainya. segala kekalutan dalam kehidupan itu berpunca daripada ketiadaan berkat.

Dalam mencapai keberkatan, Nabi SAW amat meminta agar umat mencarinya. Sehingga sampai satu tahap, dalam perkara yang melibatkan makan pun dituntut.
Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;

أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه

“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Berkata Nabi SAW, “mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”. Jawab sahabat, “benar”. Bersabda Nabi SAW, “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut”

KEADAAN DUDUK KETIKA MAKAN

Ketika makan, Nabi SAW amat menjaga cara dan kaedah duduk. Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إني لا آكل متكئاً

“Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar”

Begitujuga hadis daripada Anas bin Malik berkata;

Ahad, 19 Jun 2011

Adab Berbicara

Adab Berbicara

Ajaran Islam amat sangat serius memperhatikan soal menjaga lisan sehingga Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda: 

“Barangsiapa yang memberi jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada antara dua janggutnya (lisan) dan apa yang ada antara dua kakinya (kemaluannya) maka aku menjamin Syurga untuknya.”
(HR. Al-Bukhari).

Menjaga Lisan

Seorang muslim wajib menjaga lisannya, tidak boleh berbicara batil, dusta, menggunjing, mengadu domba dan melontarkan ucapan-ucapan kotor, ringkasnya, dari apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya. Sebab kata-kata yang merupakan produk lisan memiliki dampak yang luar biasa.

Perang, pertikaian antarnegara atau perseorangan sering terjadi karena perkataan dan provokasi kata. Sebaliknya, ilmu pengetahuan lahir, tumbuh dan berkembang melalui kata-kata. Perdamaian bahkan persaudaraan bisa terjalin melalui kata-kata. Ironinya, banyak orang yang tidak menyadari dampak luar biasa dari kata-kata. Padahal Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

“Sungguh seorang hamba berbicara dengan suatu kalimat yang membawa keridhaan Allah, dan dia tidak menyadarinya, tetapi Allah mengangkat dengannya beberapa derajat. Dan sungguh seorang hamba berbicara dengan suatu kalimat yang membawa kemurkaan Allah, dan dia tidak mempedulikannya, tetapi ia menjerumuskan-nya ke Neraka Jahannam”
(HR. Bukhari)

Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad menyebutkan, bahwa semua anggota badan tunduk kepada lisan. Jika lisannya lurus maka anggota badan semuanya lurus, demikian pun sebaliknya. Ath-Thayyibi berkata, lisan adalah penerjemah hati dan penggantinya secara lahiriyah. Karena itu, hadits Imam Ahmad di atas tidak bertentangan dengan sabda Nabi yang lain: 

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan bila rusak, maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Berkata Baik Atau Diam

Adab Nabawi dalam berbicara adalah berhati-hati dan memikirkan terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Setelah direnungkan bahwa kata-kata itu baik, maka hendaknya ia mengatakannya. Sebaliknya, bila kata-kata yang ingin diucapkannya jelek, maka hendaknya ia menahan diri dan lebih baik diam. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam.”
(HR. Al-Bukhari).

Adab Nabawi di atas tidak lepas dari prinsip kehidupan seorang muslim yang harus produktif menangguk pahala dan kebaikan sepanjang hidupnya. Menjadikan semua gerak diamnya sebagai ibadah dan sedekah. Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

 “… Dan kalimat yang baik adalah sedekah. Dan setiap langkah yang ia langkahkan untuk shalat (berjamaah di masjid)adalah sedekah, dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.”
(HR. Al-Bukhari).

Sedikit Bicara Lebih Utama

Orang yang sering berbicara lama-lama akan sukar menghindarkan diri dari kesalahan. Kata-kata yang meluncur bak air mengalir akan menghanyutkan apa saja yang dilandanya, dengan tak terasa akan mengeluarkan kata-kata yang baik dan yang buruk. Kerana itu Rasilullah S.A.W melarang kita banyak bicara. Baginda bersabda,

 …”Dan (Allah) membenci kalian untuk qiila wa qaala.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim). 

Imam Nawawi rahimahullah berkata, qiila wa qaala adalah asyik membicarakan berbagai berita tentang seluk beluk seseorang (ngerumpi). Bahkan dalam hadits hasan gharib riwayat Tirmidzi disebutkan, orang yang banyak bicara diancam oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam sebagai orang yang paling beliau murkai dan paling jauh tempatnya dari Rasulullah pada hari Kiamat. Abu Hurairah Radhiallaahu anhu berkata, ‘Tidak ada baiknya orang yang banyak bicara.’ Umar bin Khathab Radhiallaahu anhu berkata, ‘Barangsiapa yang banyak bicaranya, akan banyak kesalahannya.’

Dilarang Membicarakan Setiap Yang Didengar

Dunia kata di tengah umat manusia adalah dunia yang campur aduk. Seperti manusianya sendiri yang beragam dan campur aduk; soleh, fasik, munafik, musyrik dan kafir. Karena itu, kata-kata umat manusia tentu ada yang benar, yang dusta; ada yang baik dan ada yang buruk. Karena itu, ada kaidah dalam Islam soal kata-kata, ‘Siapa yang membicarakan setiap apa yang didengarnya, berarti ia adalah pembicara yang dusta’. Hal ini sesuai dengan hadits Nabi S.A.W,

“Cukuplah seseorang itu berdosa, jika ia membicarakan setiap apa yang di-dengarnya.” 

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Cukuplah seseorang itu telah berdusta, jika ia membicarakan setiap apa yang didengarnya.”
(HR. Muslim).

Jangan Mengutuk dan Berbicara Kotor

Mengutuk dan sumpah serapah dalam kehidupan modern yang serba materialistis sekarang ini seperti menjadi hal yang dianggap biasa. Seorang yang sempurna akhlaknya adalah orang yang paling jauh dari kata-kata kotor, kutukan, sumpah serapah dan kata-kata keji lainnya. Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu meriwayatkan, Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

“Seorang mukmin itu bukanlah seorang yang tha’an, pelaknat, (juga bukan) yang berkata keji dan kotor.”
(HR. Bukhari).

Tha’an adalah orang yang suka-merendahkan kehormatan manusia, dengan mencaci, menggunjing dan sebagainya.

Melaknat atau mengutuk adalah do’a agar seseorang dijauhkan dari rahmat Allah. Imam Nawawi rahima-hullah berkata, ‘Mendo’akan agar seseorang dijauhkan dari rahmat Allah bukanlah akhlak orang-orang beriman. Sebab Allah menyifati mereka dengan rahmat (kasih sayang) di antara mereka dan saling tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa. Mereka dijadikan Allah sebagai orang-orang yang seperti bangunan, satu sama lain saling menguatkan, juga diumpamakan sebagaimana satu tubuh. 

Seorang mukmin adalah orang yang mencintai saudara mukminnya yang lain sebagai-mana ia mencintai dirinya sendiri. Maka, jika ada orang yang mendo’akan saudara muslimnya dengan laknat (dijauhkan dari rahmat Allah), itu berarti pemutusan hubungan secara total. Padahal laknat adalah puncak doa seorang mukmin terhadap orang kafir. Karena itu disebutkan dalam hadits shahih:

“Melaknat seorang mukmin adalah sama dengan membunuhnya.”  
(HR. Bukhari). 

Sebab seorang pembunuh memutus-kan orang yang dibunuhnya dari berbagai manfaat duniawi. Sedangkan orang yang melaknat memutuskan orang yang dilaknatnya dari rahmat Allah dan kenikmatan akhirat.”

Jangan Mudah Berdebat Biarpun Benar

Saat ini, di alam yang katanya demokrasi, perdebatan menjadi hal yang lumrah bahkan malah digalakkan. Ada debat calon presiden, debat calon gubernur dan seterusnya. Pada kasus-kasus tertentu, menjelaskan argumen-tasi untuk menerangkan kebenaran yang berdasarkan ilmu dan keyakinan memang diperlukan dan berguna. Tetapi, berdebat yang didasari ketidak-tahuan, ramalan, masalah ghaib atau dalam hal yang tidak berguna seperti tentang jumlah Ashhabul Kahfi atau yang sejenisnya maka hal itu hanya membuang-buang waktu dan berpe-ngaruh pada retaknya persaudaraan. (Lihat Tafsir Sa’di, 5/24, surat Kahfi: 22)
Maka, jangan sampai seorang mukmin hobi berdebat. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda:

“Saya adalah penjamin di rumah yang ada di sekeliling Surga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meski dia benar. Dan di tengah-tengah Surga bagi orang yang meninggalkan dusta, meskipun dia bergurau. Juga di Surga yang tertinggi bagi orang yang baik akh-laknya.”
(HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).

Dilarang Berdusta Untuk Membuat Orang Tertawa

Dunia hiburan menjadi dunia yang digandrungi oleh sebagian besar umat manusia.
Salah satu jenis hiburan yang digandrungi orang untuk menghilangkan stress dan beban hidup yang berat adalah lawak. Dengan suguhan lawak ini orang menjadi tertawa terbahak-bahak, padahal di dalamnya campur baur antara kebenaran dan kedustaan, seperti memaksa diri dengan mengarang cerita bohong agar orang tertawa. Mereka inilah yang mendapat ancaman melalui lisan Rasulullah S.A.W dengan sabda beliau:

“Celakalah orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa. Celakalah dia, dan celakalah dia!”
(HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).

Merendahkan Suara Ketika Berbicara

Meninggikan suaranya, berteriak dan membentak. Dalam pergaulan sosial, tentu orang yang semacam ini sangat dibenci. Bila sebagai pemimpin, maka dia adalah pemimpin yang ditakuti oleh bawahannya. Bukan karena kewibawaan dan keteladanannya, tapi karena suaranya yang menakutkan. Bila sebagai bawahan, maka dia adalah orang yang tak tahu diri. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menegaskan, ‘Orang yang meninggikan suaranya terhadap orang lain, maka tentu semua orang yang berakal mengetahui, bahwa orang tersebut bukanlah orang yang terhormat.’ 
Ibnu Zaid berkata, ‘Seandainya mengeraskan suara (dalam berbicara), adalah hal yang baik, tentu Allah tidak menjadikannya sebagai suara keledai.’ 
Abdurrahman As-Sa’di berkata, ‘Tidak diragukan lagi, bahwa (orang yang) meninggikan suara kepada orang lain adalah orang yang tidak beradab dan tidak menghormati orang lain.’


Kerana itulah termasuk adab berbicara dalam Islam adalah merendahkan suara ketika berbicara. Allah berfirman,

“Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara kaldai.”
(Al Luqman: Ayat 19).

(sumber: genenetto.wordpress.com)

Menerima Pemberian

Adab Berkawan Rasulullah S.A.W



Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda.

Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah S.A.W akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyum Rasulullah menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya".

Begitulah akhlak Rasullullah s.a.w.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" (Saidina Ali)

Oleh itu, hisablah diri kita, adakah kita boleh bersikap seperti Rasulullah s.a.w. Insyallah.