Rabu, 6 Julai 2011

Adab Tidur Rasulullah



Tidur adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Tidur memegang peranan penting dalam kehidupan. Begitu bayak tidur itu dalam waktu hidup kita. Andai kita diberi umur 60 tahun dan bererti yg 20 tahun kita pergunakan untuk tidur. 20 tahun adalah waktu yg cukup panjang !!

Alangkah ruginya jika waktu yg panjang ini hanya utk mendapatkan nikmat tidur sahaja. Sebab Allah SWT Menciptakan manusia bukan hanya utk beristirahat di dunia ini. Namun bagaimana tidur kita boleh bernilai ibadah yg tinggi di sisi Allah SWT.


Supaya tidur kita bernilai menjadi 'ibadah, maka mesti mengikuti adab-adab sebagaimana yg dicontohkan oleh baginda Rosululloh SAW dan mendapat pahala mengerjakan Sunnah.

Adab Tidur Rasulullah

Secara ringkasnya, bolehlah kita simpulkan beberapa adab dan tatacara tidur yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah seperti berikut :

a) Baginda mengambil wudhuk sebelum tidur

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ

”Apabila engkau ingin masuk tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk orang ingin melakukan solat” 

[Sahih Bukhari dan Abu Daud]

b) Baginda tidur dalam keadaan mengiring di atas lambung kanan dan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

 Hadithnya jelas seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ وَضَعَ يَدَهُ تَحْتَ خَدِّهِ

”Apabila Rasulullah ingin masuk tidur pada waktu malam, baginda meletakkan tangannya di bawah pipinya” 
[Sahih Bukhari]

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ

”Adapun apabila Rasulullah ingin masuk tidur, baginda tidur dalam keadaan atas lambung kanan”
[Sahih Bukhari]

Ada 2 cara tidur yg dicontohkan Rosululloh saw dan para sahabatnya. Ada juga pendapat yang mengatakan yang cara tidur yang satu lagi atu adalah cara Nabi Ibrahim AS.

-  Miring ke sebelah kanan, menghadap kiblat dg tangan kanan di bawah
pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri.

- Terlentang dg kepala menoleh ke arah kiblat, kedua tangan dilipat di
atas  perut dan kaki kanan di atas kaki kiri

c) Rasulullah membaca surah-surah tertentu sebelum tidur seperti :

i- Membaca 3 surah yang disebut Al-Mu’awwizat.

Antaranya, hadith riwayat Bukhari di dalam sahihnya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ نَفَثَ فِي يَدَيْهِ وَقَرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَمَسَحَ بِهِمَا جَسَدَهُ

Maksudnya : Daripada ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha berkata : Bahawa Nabi Sallahu ‘alaihiwasallam apabila ingin masuk tidur setiap malam, baginda merapatkan kedua tapak tangannya (berdoa) dan membaca Surah AlIkhlas, Surah AlFalaq, Surah An-Nas, kemudian menyapukan kedua tapak tangan ke seluruh badannya 

[Sahih Bukhari dan Ibn Majah]

ii- Surah Al-Kaafirun

iii- Surah Al-Mulk

dan umumnya surah-surah di dalam AlQuran.

d) Rasulullah membaca ayat-ayat tertentu.

i- Membaca 2 ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah

e) Rasulullah membaca doa tertentu. Contoh-contoh doa yang pernah dibacakan oleh baginda seperti :

i-
اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا
“ Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan (dengan namaMu) aku hidup” [Sahih Bukhari, Sunan Tirmizi]

ii-
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا

“Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum, mencukupkan dan merahmati kami” 
[Sahih Muslim, Abu Daud,Tirmizi dan Ahmad]

 iii-

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَا وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
[Sahih Bukhari dan Tirmizi]

iv- 

بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
[Sahih Bukhari]

v-

اللَّهُمَّ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ
[Sahih Muslim]

Dan lain-lain doa.

f) Rasulullah membaca zikir-zikir. Antaranya seperti :

i- Tasbih 33 kali
ii- Tahmid 33 kali
iii- Takbir 33 kali


Ini berdasarkan hadith diterangkan di dalam hadith yang berikut :


أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ


”Mahukah aku tunjukkan kepada kamu perkara yang lebih baik dari khadam? Apabila kamu berdua ingin masuk tidur, maka bertakbirlah 33 kali, bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali. Maka, ini lebih baik daripada khadam
[Sahih Bukhari]


Adab Tetamu Dan Tuan Rumah

Adab Tetamu

Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan.

Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan.

Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka.

Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan.

Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak.

Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah.

Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.



Adab Tuan Rumah


Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau sebagainya.

Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi, kita dilarang dari mengalih bekas makanan yang masih ada. Sebaliknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.

Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup.

Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan mengiringi mereka hingga ke muka pintu.

Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa, elakkan dari sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika makan atau sebagainya.

Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.

Tunjukkan kepada mereka dimana tandas, supaya mereka tidak merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.

Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita, hidanglah apa saja yang sedia ada.

Setelah menghidangkan makanan, jangan sekali-kali membiarkan mereka begitu sahaja. Berilah perhatian kepada mereka bagi memastikan segalanya memuaskan. Sekiranya kita dikunjungi oleh dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.

Adab Menziarahi Kubur

Adab Menziarahi Kubur

Sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan.

Sunat mengambil wuduk.

Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya dan hukumnya haram. Bagi wanita yang sudah tua maka hukumnya harus.

Sunat membaca ayat-ayat al-quran seperti Al Fatihah dan sebagainya serta diiringi dengan doa.

Duduk hampir dengan kuburnya atau disisinya.

Dilarang mengusap atau mencium batu nisan.

Di larang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat padanya kerana ini adalah perbuatan bid'aah yang mungkar.

Lebih afdal, ziarah dilakukan pada hari Jumaat.

Adab Menziarahi Orang Sakit

Adab Menziarahi Orang Sakit

Sunat menziarahinya secara berselang hari.

Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit serta keluarganya.

Sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit.

Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang disenangi oleh si pesakit.

Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada membuat kesalahan dengan kita.

Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan bebannya dan juga keluarganya.


Adab Membaca Al-Quran

Adab Membaca Al-Quran

Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk. Mengambil dan mengangkat Al-Quran dengan tangan kanan.

Membaca
Al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau, masjid dan sebagainya. Yang paling utama adalah di masjid.

Menghadap ke kiblat, membacanya dengan khusyuk dan tenang.

Membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan dan bau.

Memlakan bacaan dengan membaca "aku berlindung dengan nama allah dari syaitan yang direjam", kemudian disusuli dengan "bismillah" serta membaca ummul kitab (fatihah).

Membacanya dengan tertib, bacaan yang perlahan-lahan dan tenang.

Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya.

Bacaannya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati, terutama pada ayat-ayat yang mengambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta yang melanggar perintah allah.

Membaca dengan suara yang indah lagi merdu.

Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa. Hendaklah diteruskan atau disempurnakan bacaan sampai ke ayat yang ditentukan barulah disudahkan. 



Adab Berjiran

 
Adab berjiran
·         Dikira jiran itu bermula dari 40 buah rumah kehadapan, belakang, kiri dan kanan.


·         Mendahulukan memberi salam bila bertemu.

·         Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya.

·         Menziarahinya apabila ia sakit.

·         Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian.

·         Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada didalam kesusahan.

·         Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan.
Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya.

·         Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia.
Sentiasa bercakap dengan lemah lembut.

·         Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan.


Adab Berbicara, Berdebat dan Mendengar Pendapat

Adab Berbicara
Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

1. Semua pembicaraan harus kebaikan, (QS 4/114, dan QS 23/3), dalam hadits nabi SAW disebutkan:

   
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”

(HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara mesti terang dan benar, sebagaimana dalam hadits Aisyah ra:

   
“Bahwasanya perkataan Rasulallah SAW itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.”

(HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda nabi SAW:

   
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.”
Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang2 yang sombong.”

(HR Tirmidzi dan dihasankannya)

4. Menghindari banyak berbicara, karena khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:

    Adalah Ibnu Mas’ud ra sentiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman (gelar Ibnu Mas’ud)! Seandainya anda mau mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kamu, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami

(HR Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan, dari Anas ra bahwa adalah nabi SAW jika berbicara maka beliau SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila beliau SAW mendatangi rumah seseorang maka beliau SAW pun mengucapkan salam 3 kali.
(HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadits nabi SAW:

    “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.”

(HR Tirmidzi dan ia berkata hadits hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadits nabi SAW:

   
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.”

(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadits lain disebutkan sabda nabi SAW:

    “Aku jamin rumah didasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah ditengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam  bergurau dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaknya.”

(HR Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadits nabi SAW:

    “Bukanlah seorang mu’min jika suka mencela, mela’nat dan berkata-kata keji.”

(HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

9. Menghindari banyak canda, berdasarkan hadits nabi SAW:

    “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”

(HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk, berdasarkan QS 49/11, juga dalam hadits nabi SAW:

   
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”

HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta, berdasarkan hadits nabi SAW:

    “Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.”

(HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah dan mengadu domba, berdasarkan hadits nabi SAW:

    “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.”

(HR Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadits nabi SAW dari AbduRRAHMAN bin abi Bakrah dari bapaknya berkata:

    Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka kata nabi SAW:
“Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata beliau SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun disisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.”

(HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)

    Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji.

(HR Muslim)


  • ·         Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
  • ·         Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • ·         Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
  • ·         Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
  • ·         Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • ·         Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
  • ·         Jangan bercakap secara berkumam mulut
  • ·         Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
  • ·         Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
  • ·         Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
  • ·         Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.
Adab Mendengar
 
1. Diam dan memperhatikan (QS 50/37)

2. Tidak memotong/memutus pembicaraan

3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)

4. Tidak menyela pembicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.

5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara

Adab Menolak Atau Tidak Setuju

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian

2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal

3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara

4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih

5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit

6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya lebih dulu sebelum mengomentari yang salah

7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat

8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi

9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya

10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.