Tandas di sini ialah suatu tempat khas yang dibina dalam sesebuah
rumah atau bangunan yang pada kebiasaannya digunakan untuk
qadha hajat.
Tandas yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu
keperluan. Kerana itu tidak hairan jika sebilangan individu tidak
menggemari tandas awam, kerana menganggap ianya antara
tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan.
Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap tandas, ianya tidak
mengurangkan dan menjejaskan pandangan Islam terhadap
kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab
yang mudah untuk diamalkan ketika berada dalamnya, ketika
qadha hajat dan setelah selesai qadha hajat. Antaranya ialah:
1. Ketika Berada Dalam Tandas
i. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang
mulia seperti ayat-ayat al-Qur'an, bahkan sunat ditanggalkan. Ini
termasuklah lafzhul jalalah, asma’ul husna, nama nabi-nabi
sekalipun dia bukan Rasul, nama malaikat dan kesemua namanama
mulia; samada nama-nama yang dikhususkan untuk
seseorang yang mulia ataupun nama tersebut mempunyai
persamaan seperti ‘al-Aziz’; kerana nama ini digunakan untuk
asma’ul husna dan juga selainnya. Begitu juga ‘Ahmad’ yang
menunjukkan nama Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan juga untuk selainnya. Adapun jika nama tersebut
dimaksudkan secara umum, maka tidaklah makruh.
Ini berdasarkan kepada hadis Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu
perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan
perkataan ‘Muhammad Rasul Allah’.
إَِذا دَخَ َ ل الْخَ َ لاءَ نَزَعَ خَاتِمَهُ كَا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ
(رواه الترمذي)
Maksudnya:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam apabila Baginda (hendak) masuk ke tandas Baginda menanggalkan cincin Baginda.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Sekiranya seseorang itu terlupa atau tidak sempat untuk
menanggalkan cincin yang mengandungi perkataan mulia tadi,
maka hendaklah digenggam dengan telapak tangan atau
dimasukkan ke dalam serban dan seumpamanya
(disembunyikan atau ditutup). Perbuatan seperti ini adalah adab
yang dituntut.
Adapun membawa masuk mushaf ke dalam tandas tanpa
darurat, maka hukumnya adalah haram. Begitu juga dengan
cincin yang ada perkataan mulia yang dipakai pada tangan kiri
yang digunakan untuk beristinja’ (bercebok), kerana sudah pasti
akan terkena najis padanya.
ii. Jٍangan masuk tandas dengan kepala dan kaki yang terdedah
(tidak berlapik). Hadis mursal daripada Habib bin Shalih
Radhiallahu ‘anhu dia berkata:
إَِذا دَخَ َ ل اْلخَ َ لاءَ َلبِسَ حِ َ ذاءَهُ وَ َ غطَّى رَْأسَهُ َ كا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ
(رواه البيهقي)
Maksudnya:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
iii. Sunat mendahulukan kaki kiri apabila masuk tandas, sekalipun
bukan dengan tujuan untuk qadha hajat seperti menyimpan atau
mengambil barang.
iv. Sunat mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari tandas atau
beredar dari tempat qadha hajat.
v. Sunat menyediakan air yang akan digunakan untuk beristinja’
(bercebok) lebih awal. (Jika tiada kemudahan paip air untuk
beristinja’).
vi. Sunat membaca doa sebelum masuk tandas sepertimana riwayat
daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk tandas.
Baginda berdoa:
بِسْمِ اللهِ، َاللَّهُمَّ إِنِّي َأعُوُذ بِكَ مِنَ اْلخُبُثِ وَاْلخَبَائِثِ
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan
khaba’its (perempuan).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
vii. Sunat membaca doa setelah keluar dari tandas antaranya riwayat
daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam telah mengucapkan:
ُ غ ْ فرَانَكَ َاْلحَمْدُ لِلهِ الَّذِي َأْ ذهَبَ عَنِّي ْالأََذى وَعَاَفانِي
(رواه ابن ماجه)
Maksudnya:
“Aku memohon keampunanMu. Segala puji bagi
Allah yang telah menghilangkan kesusahan (berak dan kencing)
daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Adapun perkataan ( ُ غفْرَانَكَ ) itu, maka sunat dibaca sebanyak 3
kali.
viii. Sunat mengangkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk
qadha hajat, melainkan jika ditakuti terkena najis maka
memadailah mengikut kadar yang sepatutnya. Begitu juga
setelah selesai qadha hajat, sunat menurunkan atau melepaskan
pakaian satu demi satu sebelum sempurna dia berdiri tegak.
ix. Makruh berlengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan)
dalam tandas.
x. Disunatkan untuk tidak makan dan minum.
xi. Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat
khususnya pada tempat yang luas atau terbuka dan tanpa ada
pendinding (yang boleh menutup aurat), kecuali jika tempat itu
berada dalam suatu bangunan atau binaan dan memang
disediakan sebagai tempat qadha hajat seperti tandas yang
dibina dalam rumah atau bangunan. Maka hukumnya adalah
dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak menyalahi
yang utama (khilaf al-awla).
Ini dapat difahami dari hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah
bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma dia berkata:
اِرْتََقيْتُ َفوْقَ َ ظهْرِ بَيْتِ حَ ْ فصََة لِبَعْضِ حَاجَتِي، َفرََأيْتُ رَسُو َ ل اللهِ
يَقضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ اْلقِبَْلةِ مُسْتَْ قبِ َ ل الشَّامِ
(رواه البخاري)
Maksudnya:
“Aku naik ke atas rumah Hafshah untuk sesuatu hajat (pekerjaan), lalu aku melihat Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam sedang qadha hajat (buang air besar), iaitu Baginda (dalam keadaan) membelakangi kiblat (dan) menghadap negeri Syam.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Setelah qadha hajat, jika dia ingin berpindah ke tempat lain
untuk beristinja’ (bercebok), maka tiada haram atau makruh
untuk dia menghadap atau membelakangi kiblat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan