Selasa, 19 Julai 2011

Adab Dalam Tandas

Tandas di sini ialah suatu tempat khas yang dibina dalam sesebuah
rumah atau bangunan yang pada kebiasaannya digunakan untuk
qadha hajat.

Tandas yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu
keperluan. Kerana itu tidak hairan jika sebilangan individu tidak
menggemari tandas awam, kerana menganggap ianya antara
tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan.

Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap tandas, ianya tidak
mengurangkan dan menjejaskan pandangan Islam terhadap
kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab
yang mudah untuk diamalkan ketika berada dalamnya, ketika
qadha hajat dan setelah selesai qadha hajat. Antaranya ialah:

1.  Ketika Berada Dalam Tandas

i. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang
mulia seperti ayat-ayat al-Qur'an, bahkan sunat ditanggalkan. Ini
termasuklah lafzhul jalalah, asma’ul husna, nama nabi-nabi
sekalipun dia bukan Rasul, nama malaikat dan kesemua namanama
mulia; samada nama-nama yang dikhususkan untuk
seseorang yang mulia ataupun nama tersebut mempunyai
persamaan seperti ‘al-Aziz’; kerana nama ini digunakan untuk
asma’ul husna dan juga selainnya. Begitu juga ‘Ahmad’ yang
menunjukkan nama Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan juga untuk selainnya. Adapun jika nama tersebut
dimaksudkan secara umum, maka tidaklah makruh.
Ini berdasarkan kepada hadis Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu
perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan
perkataan ‘Muhammad Rasul Allah’.

إَِذا دَخَ َ ل الْخَ َ لاءَ نَزَعَ خَاتِمَهُ كَا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ
(رواه الترمذي)

Maksudnya:

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam apabila Baginda (hendak) masuk ke tandas Baginda menanggalkan cincin Baginda.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sekiranya seseorang itu terlupa atau tidak sempat untuk
menanggalkan cincin yang mengandungi perkataan mulia tadi,
maka hendaklah digenggam dengan telapak tangan atau
dimasukkan ke dalam serban dan seumpamanya
(disembunyikan atau ditutup). Perbuatan seperti ini adalah adab
yang dituntut.

Adapun membawa masuk mushaf ke dalam tandas tanpa
darurat, maka hukumnya adalah haram. Begitu juga dengan
cincin yang ada perkataan mulia yang dipakai pada tangan kiri
yang digunakan untuk beristinja’ (bercebok), kerana sudah pasti
akan terkena najis padanya.
ii. Jٍangan masuk tandas dengan kepala dan kaki yang terdedah
(tidak berlapik). Hadis mursal daripada Habib bin Shalih
Radhiallahu ‘anhu dia berkata:

إَِذا دَخَ َ ل اْلخَ َ لاءَ َلبِسَ حِ َ ذاءَهُ وَ َ غطَّى رَْأسَهُ َ كا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ
(رواه البيهقي)

Maksudnya:

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam jika (hendak) masuk ke tandas, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

iii. Sunat mendahulukan kaki kiri apabila masuk tandas, sekalipun
bukan dengan tujuan untuk qadha hajat seperti menyimpan atau
mengambil barang.

iv. Sunat mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari tandas atau
beredar dari tempat qadha hajat.

v. Sunat menyediakan air yang akan digunakan untuk beristinja’
(bercebok) lebih awal. (Jika tiada kemudahan paip air untuk
beristinja’).

vi. Sunat membaca doa sebelum masuk tandas sepertimana riwayat
daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk tandas.
Baginda berdoa:

بِسْمِ اللهِ، َاللَّهُمَّ إِنِّي َأعُوُذ بِكَ مِنَ اْلخُبُثِ وَاْلخَبَائِثِ
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan
khaba’its (perempuan).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

vii. Sunat membaca doa setelah keluar dari tandas antaranya riwayat
daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam telah mengucapkan:

ُ غ ْ فرَانَكَ َاْلحَمْدُ لِلهِ الَّذِي َأْ ذهَبَ عَنِّي ْالأََذى وَعَاَفانِي
(رواه ابن ماجه)

Maksudnya:

“Aku memohon keampunanMu. Segala puji bagi
Allah yang telah menghilangkan kesusahan (berak dan kencing)
daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun perkataan ( ُ غفْرَانَكَ ) itu, maka sunat dibaca sebanyak 3
kali.

viii. Sunat mengangkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk
qadha hajat, melainkan jika ditakuti terkena najis maka
memadailah mengikut kadar yang sepatutnya. Begitu juga
setelah selesai qadha hajat, sunat menurunkan atau melepaskan
pakaian satu demi satu sebelum sempurna dia berdiri tegak.

ix. Makruh berlengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan)
dalam tandas.

x. Disunatkan untuk tidak makan dan minum.

xi. Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat
khususnya pada tempat yang luas atau terbuka dan tanpa ada
pendinding (yang boleh menutup aurat), kecuali jika tempat itu
berada dalam suatu bangunan atau binaan dan memang
disediakan sebagai tempat qadha hajat seperti tandas yang
dibina dalam rumah atau bangunan. Maka hukumnya adalah
dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak menyalahi
yang utama (khilaf al-awla).

Ini dapat difahami dari hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah
bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma dia berkata:

اِرْتََقيْتُ َفوْقَ َ ظهْرِ بَيْتِ حَ ْ فصََة لِبَعْضِ حَاجَتِي، َفرََأيْتُ رَسُو َ ل اللهِ
يَقضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ اْلقِبَْلةِ مُسْتَْ قبِ َ ل الشَّامِ
(رواه البخاري)

Maksudnya:

“Aku naik ke atas rumah Hafshah untuk sesuatu hajat (pekerjaan), lalu aku melihat Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam sedang qadha hajat (buang air besar), iaitu Baginda (dalam keadaan) membelakangi kiblat (dan) menghadap negeri Syam.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Setelah qadha hajat, jika dia ingin berpindah ke tempat lain
untuk beristinja’ (bercebok), maka tiada haram atau makruh
untuk dia menghadap atau membelakangi kiblat.

Isnin, 18 Julai 2011

Amalan Masjid Atau Surau

Jika ditanya kepada saudara-saudara Islam, rata-rata umat Islam masih tidak berapa pasti apakah itu 4 amal asas masjid.
 
4 amal masjid itu adalah amalan-amalan orang Islam yang telah wujud di Masjid Nabawi pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW.
Kelima-lima amal tersebut adalah ASAS kepada 4 amalan besar dalam agama iaitu:

1.    Dakwah
2.    Taalim wa Taalum (Belajar dan Mengajar)
3.    Ibadat
4.    Khidmat

Apabila ada keempat-empat amalan diatas, maka hiduplah masjid atau surau itu. Ada orang yang berdakwah. Ada yang belajar dan mengajar. Ada yamg beribadah. Dan ada yang berkhidmat di masjid/surau tersebut. Tanpanya matilah masjid/surau itu.



Rabu, 6 Julai 2011

Adab Tidur Rasulullah



Tidur adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Tidur memegang peranan penting dalam kehidupan. Begitu bayak tidur itu dalam waktu hidup kita. Andai kita diberi umur 60 tahun dan bererti yg 20 tahun kita pergunakan untuk tidur. 20 tahun adalah waktu yg cukup panjang !!

Alangkah ruginya jika waktu yg panjang ini hanya utk mendapatkan nikmat tidur sahaja. Sebab Allah SWT Menciptakan manusia bukan hanya utk beristirahat di dunia ini. Namun bagaimana tidur kita boleh bernilai ibadah yg tinggi di sisi Allah SWT.


Supaya tidur kita bernilai menjadi 'ibadah, maka mesti mengikuti adab-adab sebagaimana yg dicontohkan oleh baginda Rosululloh SAW dan mendapat pahala mengerjakan Sunnah.

Adab Tidur Rasulullah

Secara ringkasnya, bolehlah kita simpulkan beberapa adab dan tatacara tidur yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah seperti berikut :

a) Baginda mengambil wudhuk sebelum tidur

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ

”Apabila engkau ingin masuk tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk orang ingin melakukan solat” 

[Sahih Bukhari dan Abu Daud]

b) Baginda tidur dalam keadaan mengiring di atas lambung kanan dan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

 Hadithnya jelas seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ وَضَعَ يَدَهُ تَحْتَ خَدِّهِ

”Apabila Rasulullah ingin masuk tidur pada waktu malam, baginda meletakkan tangannya di bawah pipinya” 
[Sahih Bukhari]

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ

”Adapun apabila Rasulullah ingin masuk tidur, baginda tidur dalam keadaan atas lambung kanan”
[Sahih Bukhari]

Ada 2 cara tidur yg dicontohkan Rosululloh saw dan para sahabatnya. Ada juga pendapat yang mengatakan yang cara tidur yang satu lagi atu adalah cara Nabi Ibrahim AS.

-  Miring ke sebelah kanan, menghadap kiblat dg tangan kanan di bawah
pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri.

- Terlentang dg kepala menoleh ke arah kiblat, kedua tangan dilipat di
atas  perut dan kaki kanan di atas kaki kiri

c) Rasulullah membaca surah-surah tertentu sebelum tidur seperti :

i- Membaca 3 surah yang disebut Al-Mu’awwizat.

Antaranya, hadith riwayat Bukhari di dalam sahihnya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ نَفَثَ فِي يَدَيْهِ وَقَرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَمَسَحَ بِهِمَا جَسَدَهُ

Maksudnya : Daripada ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha berkata : Bahawa Nabi Sallahu ‘alaihiwasallam apabila ingin masuk tidur setiap malam, baginda merapatkan kedua tapak tangannya (berdoa) dan membaca Surah AlIkhlas, Surah AlFalaq, Surah An-Nas, kemudian menyapukan kedua tapak tangan ke seluruh badannya 

[Sahih Bukhari dan Ibn Majah]

ii- Surah Al-Kaafirun

iii- Surah Al-Mulk

dan umumnya surah-surah di dalam AlQuran.

d) Rasulullah membaca ayat-ayat tertentu.

i- Membaca 2 ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah

e) Rasulullah membaca doa tertentu. Contoh-contoh doa yang pernah dibacakan oleh baginda seperti :

i-
اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا
“ Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan (dengan namaMu) aku hidup” [Sahih Bukhari, Sunan Tirmizi]

ii-
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا

“Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum, mencukupkan dan merahmati kami” 
[Sahih Muslim, Abu Daud,Tirmizi dan Ahmad]

 iii-

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَا وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
[Sahih Bukhari dan Tirmizi]

iv- 

بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
[Sahih Bukhari]

v-

اللَّهُمَّ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ
[Sahih Muslim]

Dan lain-lain doa.

f) Rasulullah membaca zikir-zikir. Antaranya seperti :

i- Tasbih 33 kali
ii- Tahmid 33 kali
iii- Takbir 33 kali


Ini berdasarkan hadith diterangkan di dalam hadith yang berikut :


أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ


”Mahukah aku tunjukkan kepada kamu perkara yang lebih baik dari khadam? Apabila kamu berdua ingin masuk tidur, maka bertakbirlah 33 kali, bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali. Maka, ini lebih baik daripada khadam
[Sahih Bukhari]


Adab Tetamu Dan Tuan Rumah

Adab Tetamu

Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan.

Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan.

Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka.

Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan.

Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak.

Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah.

Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.



Adab Tuan Rumah


Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau sebagainya.

Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi, kita dilarang dari mengalih bekas makanan yang masih ada. Sebaliknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.

Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup.

Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan mengiringi mereka hingga ke muka pintu.

Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa, elakkan dari sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika makan atau sebagainya.

Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.

Tunjukkan kepada mereka dimana tandas, supaya mereka tidak merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.

Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita, hidanglah apa saja yang sedia ada.

Setelah menghidangkan makanan, jangan sekali-kali membiarkan mereka begitu sahaja. Berilah perhatian kepada mereka bagi memastikan segalanya memuaskan. Sekiranya kita dikunjungi oleh dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.

Adab Menziarahi Kubur

Adab Menziarahi Kubur

Sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan.

Sunat mengambil wuduk.

Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya dan hukumnya haram. Bagi wanita yang sudah tua maka hukumnya harus.

Sunat membaca ayat-ayat al-quran seperti Al Fatihah dan sebagainya serta diiringi dengan doa.

Duduk hampir dengan kuburnya atau disisinya.

Dilarang mengusap atau mencium batu nisan.

Di larang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat padanya kerana ini adalah perbuatan bid'aah yang mungkar.

Lebih afdal, ziarah dilakukan pada hari Jumaat.